DECLARATION FOR THE MOVEMENT OF AN ERA OF CONSCIENCE

MENU

ANEOC

Perisytiharan bagi Pergerakan Era Hati Nurani

Semua orang ialah pemimpin kepada hati nuraninya. Hati nurani mengatasi perbezaan antara keetnikan, kerakyatan dan kepercayaan agama. Anda dan saya boleh melindungi hati nurani dalam perasaan kita dan bersama-sama mewujudkan era kecintaan dan keamanan.

Dalam menghadapi ketegangan geopolitik yang semakin meruncing dan persekitaran kehidupan yang semakin merosot, kelangsungan hidup manusia adalah tertakluk kepada cabaran-cabaran yang semakin meningkat ini. Oleh itu, adalah penting untuk menggalakkan pergerakan Era Hati Nurani demi menyatukan hati nurani yang berakar umbi dalam perasaan orang ramai agar dapat mempertingkatkan kesedaran perpaduan global dan mendahului dalam kelestarian.

  1. Setiap orang dilahirkan dengan hati nurani. Hati nurani ialah hakim yang muktamad kepada perbuatan seseorang.
  2. Hati nurani melahirkan kelestarian. Setiap orang hendaklah melindungi hati nuraninya dan membiarkan hati nurani membantu kita untuk berdaya maju dan mampan.
  3. Hati nurani ialah kunci dalam memberi inspirasi kepada hati dan perbuatan yang baik. Hati nurani boleh menjurus kepada kebahagiaan dan dirahmati oleh orang ramai dan spesis lain.
  4. Hati nurani ialah punca kepada kecintaan dan keamanan. Warga dunia hendaklah memerhati keadaan dunia dengan perasaan hati nurani dan berusaha menyatukan tenaga positif dengan hati nurani untuk memberi laluan kepada berlakunya keamanan.
  5. Hati nurani ialah tiang utama kepada keharmonian masyarakat. Hati nurani menggalakkan persefahaman bersama, kepercayaan dan kerjasama antara orang ramai dan negara dalam membangunkan dunia yang aman, harmoni dan bersaudara.
  6. Hati nurani ialah teras utama kepada negara yang makmur dan masyarakat yang aman. Tadbir urus Negara hendaklah berdasarkan orang ramai dan diperintah oleh undang-undang bagi memastikan hak asasi dan maruah dilindungi.
  7. Hati nurani menjurus kepada tadbir urus yang baik. Hanya dasar yang didorong oleh hati nurani dilengkapi dengan pentadbiran yang teliti boleh memanfaat dan menstabilkan masyarakat.
  8. Hati nurani ialah pemboleh keamanan. Hati nurani memberi inspirasi kepada perasaan orang ramai untuk menyelesaikan konflik dengan bijaksana. Hati nurani mewujudkan situasi kerjasama menang-menang yang menjurus kepada keamanan dan kestabilan.
  9. Hati nurani ialah tenaga positif yang menstabilkan dunia. Keseimbangan pembangunan teknologi dan kesedaran rohani dengan hati nurani akan menghasilkan peluang kehidupan dan merangsang pembangunan ekonomi dengan perlindungan persekitaran.

Oleh yang demikian, diputuskan bahawa Era Hati Nurani ialah kunci kepada kelestarian masa hadapan. Pemimpin dunia diharapkan agar bekerjasama dengan hati nurani untuk memperkukuhkan perkongsian dalam melindungi bumi, mempertingkatkan kesejahteraan bersama dan mewujudkan dunia yang aman untuk semua. Peluang keemasan untuk menginspirasikan hati nurani dalam perasaan setiap orang ialah bersama-sama kami dalam tahun 2014. Inilah masanya untuk menggunakan tenaga kebaikan dan hati nurani bagi membuka jalan menuju kelestarian. Kita semua memainkan peranan dalam memimpin orang ramai untuk berusaha bersama-sama bagi mengatasi penderitaan semua makhluk yang hidup. Marilah kita semaikan benih-benih kebaikan untuk mewujudkan kitaran yang mulia dengan memasuki era hati nurani.

Association of World Citizens, NGO in raadgevende status met ECOSOC en daarmee geassocieerde VN DPI
Federation of World Peace and Love
Tai Ji Men Qigong Academy

Global Launch on August 17, 2014, USA


Endorse

 

First Name:

Last Name:
Nationality:
Organization:
I am willing to disclose the above information in this website. 
      
 
     
 
An Era of Conscience
Declaration of International Day of Conscience