MENU

Number of Endorsement: 71665

Nationality: 200   (List)

Pengisytiharan Hari Hati Nurani Antarabangsa

Memupuk Budaya Keamanan dengan kecintaan dan Hati Nurani


Satu abad telah berlalu sejak akhir Perang Dunia I, dan juga tujuh dekad sejak akhir Perang Dunia II; kemusnahan perang telah memperdalam aspirasi rakyat untuk keamanan. Usaha manusia mengejar keamanan tidak pernah berhenti, tetapi dunia masih huru-hara.

Sebagai umat manusia yang saling bergantung dan saling berkaitan, semua warganegara dunia digalakkan untuk menghadapi krisis antarabangsa dan negara dengan penuh belas kasihan, keberanian, dan kebijaksanaan sejati sejajar dengan usaha mereka mencari secara aktif keamanan dan keharmonian serta rancangan yang saling menfaatkan untuk memberi faedah kepada Ibu Bumi dan semua orang.

Kecintaan dan kedamaian meningkatkan kesejahteraan rakyat dunia, dan mereka adalah batu asas yang paling penting bagi kelestarian global. Semua warganegara dunia digalakkan untuk memupuk kecintaan di hati mereka untuk mencapai keseimbangan dalam peningkatan ekonomi, sosial, budaya, rohani, teknologi dan pendidikan.

Hati Nurani adalah sumber mata air kecintaan; adalah penting untuk membangkitkan hati nurani rakyat dunia untuk menggalakkan kasih sayang, toleransi, penerimaan, dan penjagaan di kalangan orang ramai, dan dengan itu meningkatkan persahabatan, ikatan keluarga, dan hubungan antarabangsa, yang memfasilitasi dunia yang bersatu padu, di mana semua orang bekerjasama untuk kebaikan bersama.

Budaya yang cemerlang adalah asas pendidikan yang berkualiti, yang penting untuk pembangunan ekonomi yang mampan. Negara-negara adalah digalakkan untuk memupuk budaya hati nurani dan menggabungkan aspek-aspek terbaik dari budaya dan sistem pendidikan lain untuk meningkatkan ekonomi negara.

Apabila majoriti orang mengikuti hati nurani mereka dan mendedikasikan diri mereka untuk menyebarkan kecintaan, memajukan kewujudan bersama tanpa mengira perbezaan, menggunakan kebijaksanaan untuk menyelesaikan konflik, dan memberi inspirasi kepada orang lain untuk bertindak sama, dunia dapat mencapai keamanan.

Oleh itu, Federation of World Peace and Love mengumumkan April 5 sebagai " Hari Hati Nurani Antarabangsa" untuk mengingatkan orang ramai untuk mendengar suara hati nurani mereka dan menggalakkan mereka untuk merayakan hari ini dengan mengambil masa untuk muhasabah diri dengan tujuan diri dengan tujuan mencapai kedamaian dalaman, mengadakan program pendidikan kecintaan dan hati nurani, dan menggalakkan gencatan senjata sejagat untuk memudahkan rundingan damai supaya hati nurani semua orang akan terbangun dan dunia akan menjadi damai.


Dr. Hong, Tao-Tze
President of the Federation of World Peace and Love

Global Launch on February 5, 2019, UNHQ


Mengesahkan





Saya bersedia untuk mendedahkan maklumat di atas di laman web ini. 
      

DECLARATION OF INTERNATIONAL DAY OF CONSCIENCE